Pengiktarafan dan pencapaian Kolej_Universiti_Antarabangsa_INTI

  • 2004: Dihadiahkan Anugerah Daya Cipta dan Inovasi oleh Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia.
  • 2003:
    • Dihadiahkan empat buah anugerah kerana mempunyai paling banyak kampus asing, pendaftaran pelajar tempatan serta pelajar asing yang tertinggi, serta untuk kecemerlangan keseluruhan.
    • Menjadi institusi pendidikan tinggi yang pertama di Malaysia untuk dianugerahkan dengan "Sijil Penghargaan bagi Pencapaian dalam Perdagangan oleh Kementerian Perdagangan Amerika Syarikat" kerana kerjasama akademik berbilang negara.
  • 2001: Menerima Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9002.
  • 2000:
    • Menerima Anugerah Status Koridor Raya Multimedia.
    • Memeterai Perjanjian Kolej Bersekutu dengan Universiti Hertfordshire, United Kingdom. Kolej Inti juga merupakan Kolej Bersekutu Antarabangsa yang pertama untuk Universiti Hertfordshire.
    • Menerima Sijil Kolej Bersekutu daripada Universiti Coventry, United Kingdom. Kolej Inti juga merupakan Kolej Bersekutu Antarabangsa yang pertama untuk Universiti Coventry.
  • 1998: Diberikan kebenaran untuk menawarkan program 3+0 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • 1997: Diberikan Anugerah Kecemerlangan Industri (untuk Pendidikan Eksport) oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad.